Assalammualaikum ❤.
Frust UPU x dapat ? Dapat poli je ?
Belajar kat poli, ok ke ? Laku ke sijil poli ni ? Senang ke nak sambung belajar/keje ?
Mesti korang terfikir macamni kan ?
So, Fara as bekas graduan poli akan jawab segala soalan yang korang fikir tadi.
Jangan lah frust if tak dapat UPU. Just think positif. Allah dah susunkan semua untuk hambaNya. So, just redha je. (Tu je aku mampu cakap. Sape suruh tak belajar betul2 :P) Haa. Jangan pulak memberontak kata UPU ni salah lah apa lah, tu namanya TAKDIR, faham :P ? Kira okay dapat Politeknik dari tak dapat langsung kan ? Dah dapat tawaran poli dilema pulak nak gi ke xnak ye? Okay, my opinion is better terima tawaran tu. Sebab apa ? Baca bawah nanti. Masa Fara dulu dapat poli pun fara rasa tak nak pegi. sebab banyak rumors kata yang sijil poli tak laku lah bagai. itu semua mitos je okay. Reasons why Fara suggest korang terima tawaran poli.
First, terima poli sebab dia ipta under goverment and uols akan terjamin sikit belajar daripada belajar kat kolej swasta. If uols belajar kolej swasta memang lah best, rules xketat langsung and boleh enjoy, reason dia buat camtu sebab kolej swasta tu based on business. So untuk tarik orang masuk kolej dia, dia akan biar je apa korang nak buat. Kalau macam UA and Poli ni biasalah rules ketat pastu banyak rules kena ikut. Senang citer masuk poli ni macam korang masuk sekolah, kauorang ponteng lecturer bebel, langgar rules kena denda (saman). Macam tu je simple.
Second reason is kalau korang jenis suka study santai2 better amek poli. why ? Sebab bila masuk poli tak stress. ye ke tak stress ? Masuk poli if korang perform kat kuiz, test, case study and segala assignment tu korang akan ada 50% markah dalam tangan korang. Lagi 50% korang kena dapatkan masa jawab final exam. Senang kan. Ada juga course yang offer 70% assessment/coursework and 30% final exam.
Third reason is belajar kat poli semua lecturer baik2. Baik acane tuh ? Baik sebab bila kehadiran korang hampir kurang dari 80% dia akan bebel kat korang supaya korang sedar. Bila korang tak datang quiz or test, lecturer akan tanya "Deknon, bila nak amek test ? Taknak markah eh ?". Lagi, bila korang takde nota lecturer akan suruh korang download kat CIDOS. If lecturer takde tapi nak juga buat keas, lecturer korang boleh buat kelas dalam CIDOS, kelas dia macam forum. Lecturer bagi topik, korang boleh discuss dalam forum tu. Macam main chating2 gitu. Next, Lecturer juga boleh buat quiz or test online kat CIDOS, yang ni best. Haha. Sebab korang boleh buka nota and korang salin je balik kat dalam tu. Klau ada softcopy nota, korang just copy paste je. Lepas jawab tu dia terus bagitau markah korang. Pastu hantar assignment upload je kat CIDOS. Mudah kan ? *based on lecturer jugak semua ni*
Keempat, cara pembelajaran dia macam kat sekolah je. Lecturer bebel kat depan and korang jot down note. Tapi kadang2 lecturer akan bagi korang topic and buat presentation pasal topic tu. Kadang2 guna Powerpoint, video, mahjong.
Kelima, tahap kebolehpasaran graduan lepasan politeknik memang laku kalau nak kerja. Why ? Sebab kat politeknik tu dia akan belajar teori and praktikal. Praktikal tu yang penting dan menunjukkan yang korang boleh buat kerja. Kalau setakat teori tapi tak reti buat keje buat pe kan. Tambahan pulak, company sekarang kalau boleh nak yang terus boleh buat keje, malas nak bazir masa nak ajar satu2.
Keenam, yuran dia sangat murah. yes memang murah. sebabnya dia under government so murah lah. Masa time fara dulu. yuran pengajian RM300/semester, yuran asrama RM60/semester. Mana ada tempat lain murah gitu. Hostel RM60 satu semester (6 bulan), murah gila kan. Tapi baru2 ni yuran hostel dinaikkan. Berapa ringgit Fara tak ingat.
Ketujuh, sijil politeknik laku ye. Dah kata under government, tak laku tatau den nak cakap apa lah. Semua kursus politeknik diiktiraf oleh MQA. MQA ni penting sebab dia yang iktiraf sijil korang laku ke tak. So, yang nak sambung kolej swasta, jangan lupa check ada MQA ke tak okay ? Ok sambung, Sijil politeknik laku, mean kalau nak sambung belajar pun senang. If korang amek IPTS susah lah sikit nak sambung belajar, sebab kalau sistem UPU pun dia akan utamakan politeknik dulu dari IPTS. Tapi tu pun based on pointer korang, kalau pointer korang tinggi, memang senang sangat nak sambung degree. Cuma nasihat Fara score pointer tu 3.00 ke atas sekurang-kurangnya.
Banyak lagi sebenarnya kebaikan dia masuk poli ni. If korang nak tahu pape korang boleh tanya Fara okay, jangan takut jangan segan. Bye ❤
Akk saya nak tanya akk boleh x
ReplyDeleteMaaf la klu saya baru je baca blog akk..akk betul ke poli ni susah nak smbg degree n akk rasa perkhidmatan makanan amalan halal ni bidang dye meluas x akk...
ReplyDeletehai . saya dh ada stpm tp pointer rendah . so saya nk ambik diploma . dpt tawaran poli shah alam . org poli tu terima ke saya ea ? tkut dia tendang saya pulak
ReplyDeleteMacam mana kau ambik stpm 1 tahun setengah pastu tak berjaya kau sanggup ulang tukar diploma kat poli...kuat gila mental kau...
ReplyDeleteAssalamualaikum...nk tanya, poli ni ada x pinjaman ptptn??
ReplyDeleteAda la bangang
Deletepoli kenapa susah nk sambung degree?
ReplyDeleteSbb pointer kau rendah mmg lah susah
Deletesebab silibus and sistem pembelajaran ade lain sikit
Deletepoli punya sistem pembelajaran utk course teknikal mcm engineering sama mcm kat ipts which is 60% hands on 40% theory, that why utk degree di ipta lebih diutamakan uni awam berbanding poli, tapi boleh je bukan tak boleh, member poli aku ramai sambung degree kat uni teknikal mcm ump, uthm, unimap and utem.
Deletesalam...pd adik2 lepasan spm yg brminatn nak memasuki diploma in pendidikan awal kanak-kanak dgn kerjasama UPSI-hubungi 011-16930576 utk info..
ReplyDeleteberminat.so mcmne ya
Deletepoli nie die fully eng ke
ReplyDeleteYes tapi lecturer akan ajar dalam bahasa Melayu semasa pembelajaran di dalam kelas
Deleteuntung lerr, zaman aku dulu poli in class pun lecturer berhabuk speaking
DeleteKalau dlm exam poli ni jwb dlm bi ke atau bm?
ReplyDeleteHi,sy tlg jwbkn.klu mcm sya amik kos IT,time exam sya jwb in BI.😊tp rsanya bole jer dlm bi ke bm
DeleteKlau dh msuk poli ni snang nk luluskh? Sbb spm sy pun tk brpa nk baik sy masuk poli pun gna skm tahap tiga ja..
ReplyDeleteSaya ex poli 2014 apa yang admin cakap tu betul. Study kat poli ni senang nak lulus tu dari kita saja , kemampuan kita juga. Saya masuk poli tak ada sijil dari SKM just pakai SPM . Waktu tu saya masuk sijil lepas tu integrasi diploma .
ReplyDelete