Friday, 7 October 2016

Soalan-II Temuduga Bagi Kemasukan Universiti Awam

Assalammualaikum. Harini Fara nak share a little bit tips for college interview. So, I hope all the tips given can help you.

Image result for interview cartoon

1. The most important thing is PREPARATION on the interview. Penting sangat-II sebab bila korang tak buat langsung preparation korang confirm akan tergagap and teragak-agak bila bercakap.

2. Study soalan-II yang bakal ditanya. Means korang dah search soalan apa yang bakal di tanya and apa jawapan yang bakal korang jawab. PERINGATAN : JANGAN HAFAL SKRIP sebab interviewer tahu yang korang ni sebenarnya hafal or cakap macam biasa. So, kat bawah ni Fara dah siapkan soalan yang kerap di tanya bila interview.

1. Tell me about your self (SOALAN WAJIB)
        • So cara nak jawab nya :
            • Introduction : Greeting dan basic info pasal diri korang (name, asal mana, dulu belajar kat mana, course apa)
            • Background : Lahir kat mana, Cerita sikit tentang tempat lahir, and korang bole cerita serba sedikit pasal course yang korang ambil masa diploma. (cerita sikit je weh, xperlu panjang-II sgt)
            • Interests : Cerita serba sedikit hobi korang (berkait dengan course tu) and kenapa korang suka course tu
            • Achievement : Cerita serba sedikit pencapaian korang. citer 3-5 point pun dah cukup. cth : dpt jadi dekan, dpt jadi wakil untuk exchange student.
            • Goals : Cerita sikit tentang impian korang, apa impian korang selepas abis belajar
2. Why do you want to take this course
        • korang kena describe reason-II korang pilih course tu. cth: course medic, pilih course ni sebab nak tambah lagi skill yang korang pernah belajar kat diploma dulu and korang nak belajar course ni sebab dapat selamatkan nyawa orang. pandai-II lah goreng jawapan sendiri yee.
3. Why did you choose UiTM as your choice ?
        • Goreng lah sendiri yee. haha. cth goreng : sy pilih uitm sbb uitm bukan calang-II universiti dan UiTM banyak melahirkan graduan yang berkualiti pastu korang bagitahu lah sape contoh alumni uitm tu.
4.What is your favorite subject ? Why ?
        • Bagi subject yang sesuai dengan course korang tu, cth course korang ambil medic, so korang cakap lah favourite subject korang adalah subjek sains. reason kauorang goreng lah ye.
5. Could you share some current issue happened in our country ?
        • Part ni korang kena betul-II tahu current issue tu sebelum korang sebut, sebab dorang akan tanya and korek pasal current issue tu sampai ke lubang cacing ye. Pastikan baca surat khabar ye, kalau malas noh tengok berita untuk tahu pasal current issue ni. ELAKKAN CURRENT ISSUE BERKAITAN POLITIK, PERKAUMAN
6. Question about current issue
        • Soalan ni yang dia akan korek sampai lubang cacing. cth current issue : tahap penggangguran yang tinggi. dia akan tanya kenapa boleh jadi penggangguran, macam mana nak selesaikan masalah penggangguran and macam-II soalan yang berkaitan current issue tu.
7. Why we must choose you ?
        • Ni part untuk korang promote diri korang. 
8. Tell me a little bit about leadership

9. What is your strength and weakness

10. What can you contribute to our college campus ?

11. Three adjective best describes yourself.

12. What do you want to do after graduating from our college ?


Last, jangan lupa practice untuk interview sebab practice make perfect guys. anyway, good luck all.

Sebelum kuar tempat interview tu boleh la nyanyi lagu - IOI-Pick Me sambil joget-II ikut step lagu tu, hahaha, kbye !


Tuesday, 23 August 2016

BELAJAR DI POLITEKNIK ? OK KE ?

Assalammualaikum ❤. 
Frust UPU x dapat ? Dapat poli je ? 
Belajar kat poli, ok ke ? Laku ke sijil poli ni ? Senang ke nak sambung belajar/keje ? 
Mesti korang terfikir macamni kan ? 
So, Fara as bekas graduan poli akan jawab segala soalan yang korang fikir tadi.

Jangan lah frust if tak dapat UPU. Just think positif. Allah dah susunkan semua untuk hambaNya. So, just redha je. (Tu je aku mampu cakap. Sape suruh tak belajar betul2 :P) Haa. Jangan pulak memberontak kata UPU ni salah lah apa lah, tu namanya TAKDIR, faham :P ? Kira okay dapat Politeknik dari tak dapat langsung kan ? Dah dapat tawaran poli dilema pulak nak gi ke xnak ye? Okay, my opinion is better terima tawaran tu. Sebab apa ? Baca bawah nanti. Masa Fara dulu dapat poli pun fara rasa tak nak pegi. sebab banyak rumors kata yang sijil poli tak laku lah bagai. itu semua mitos je okay. Reasons why Fara suggest korang terima tawaran poli. 

First, terima poli sebab dia ipta under goverment and uols akan terjamin sikit belajar daripada belajar kat kolej swasta. If uols belajar kolej swasta memang lah best, rules xketat langsung and boleh enjoy, reason dia buat camtu sebab kolej swasta tu based on business. So untuk tarik orang masuk kolej dia, dia akan biar je apa korang nak buat. Kalau macam UA and Poli ni biasalah rules ketat pastu banyak rules kena ikut. Senang citer masuk poli ni macam korang masuk sekolah, kauorang ponteng lecturer bebel, langgar rules kena denda (saman). Macam tu je simple.

Second reason is kalau korang jenis suka study santai2 better amek poli. why ? Sebab bila masuk poli tak stress. ye ke tak stress ? Masuk poli if korang perform kat kuiz, test, case study and segala assignment tu korang akan ada 50% markah dalam tangan korang. Lagi 50% korang kena dapatkan masa jawab final exam. Senang kan. Ada juga course yang offer 70% assessment/coursework and 30% final exam. 

Third reason is belajar kat poli semua lecturer baik2. Baik acane tuh ? Baik sebab bila kehadiran korang hampir kurang dari 80% dia akan bebel kat korang supaya korang sedar. Bila korang tak datang quiz or test, lecturer akan tanya "Deknon, bila nak amek test ? Taknak markah eh ?". Lagi, bila korang takde nota lecturer akan suruh korang download kat CIDOS. If lecturer takde tapi nak juga buat keas, lecturer korang boleh buat kelas dalam CIDOS, kelas dia macam forum. Lecturer bagi topik, korang boleh discuss dalam forum tu. Macam main chating2 gitu. Next, Lecturer juga boleh buat quiz or test online kat CIDOS, yang ni best. Haha. Sebab korang boleh buka nota and korang salin je balik kat dalam tu. Klau ada softcopy nota, korang just copy paste je. Lepas jawab tu dia terus bagitau markah korang. Pastu hantar assignment upload je kat CIDOS. Mudah kan ? *based on lecturer jugak semua ni*

Keempat, cara pembelajaran dia macam kat sekolah je. Lecturer bebel kat depan and korang jot down note. Tapi kadang2 lecturer akan bagi korang topic and buat presentation pasal topic tu. Kadang2 guna Powerpoint, video, mahjong. 

Kelima, tahap kebolehpasaran graduan lepasan politeknik memang laku kalau nak kerja. Why ? Sebab kat politeknik tu dia akan belajar teori and praktikal. Praktikal tu yang penting dan menunjukkan yang korang boleh buat kerja. Kalau setakat teori tapi tak reti buat keje buat pe kan. Tambahan pulak, company sekarang kalau boleh nak yang terus boleh buat keje, malas nak bazir masa nak ajar satu2. 

Keenam, yuran dia sangat murah. yes memang murah. sebabnya dia under government so murah lah. Masa time fara dulu. yuran pengajian RM300/semester, yuran asrama RM60/semester. Mana ada tempat lain murah gitu. Hostel RM60 satu semester (6 bulan), murah gila kan. Tapi baru2 ni yuran hostel dinaikkan. Berapa ringgit Fara tak ingat. 

Ketujuh, sijil politeknik laku ye. Dah kata under government, tak laku tatau den nak cakap apa lah. Semua kursus politeknik diiktiraf oleh MQA. MQA ni penting sebab dia yang iktiraf sijil korang laku ke tak. So, yang nak sambung kolej swasta, jangan lupa check ada MQA ke tak okay ? Ok sambung, Sijil politeknik laku, mean kalau nak sambung belajar pun senang. If korang amek IPTS susah lah sikit nak sambung belajar, sebab kalau sistem UPU pun dia akan utamakan politeknik dulu dari IPTS. Tapi tu pun based on pointer korang, kalau pointer korang tinggi, memang senang sangat nak sambung degree. Cuma nasihat Fara score pointer tu 3.00 ke atas sekurang-kurangnya. 

Banyak lagi sebenarnya kebaikan dia masuk poli ni. If korang nak tahu pape korang boleh tanya Fara okay, jangan takut jangan segan. Bye ❤ 

Blog Termudah Nak Guna

Assalamualaikum and hai .
Ramai yang suka tulis blog, edit blog but tak reti. Hm. Macam mana ye ?
So, arini Fara nak share 1 website ni, siyes cakap memang senang sangat nak buat blog. Website dia ni lah weebly. If korang ni newbies yang baru nak berjinak dengan blog ni, Fara memang recommend weebly ni. Weebly ni lebih memudahkan sebab kita boleh pilih theme kita semua and boleh susun sendiri blog korang macam apa yang korang nak. Yes, memang lebih kurang sama dengan blogger but this is more easier. Serious talk. Tak caya try lah. Weebly ni juga bukan je boleh buat blog, but uols boleh buat online store using this weebly. So, apa lagi trylaa gunaa !

Bye ​❤